Assalamualaikum dan salam sejahtera...... Kehidupan hari ini amat memerlukan setiap keluarga merancang satu pelan perancangan kewangan keluarga. Tanpa satu pelan perancangan kewangan yang diikuti dgn betul, kemungkinan jika keluarga tersebut ditimpa musibah, masalah kewangan keluarga tersebut lebih merumitkan. Bak kata pepatah, 'sudah jatuh, ditimpa tangga...'. Di dalam bahasa Inggeris, ungkapan berikut biasa diberikan "Who Fail to Plan is plan to Fail" (bermaksud jika gagal merancang, sebenarnya merancang untuk gagal).
Atas kesedaran inilah, Syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd telah diperkenalkan untuk menggalakkan kita bantu-membantu antara satu sama lain dalam menghadapi kesusahan. Hasil sumbangan yang dicarumkan oleh Setiap Peserta, bebanan mereka yang ditimpa musibah, insya-Allah dapat diringankan.
Dari Pelan Tabungan Pendidikan dan Pelan Tabungan Persaraan yang selesa kepada membebaskan hidup anda dari beban hutang pinjaman yang lama, kami boleh membantu anda mencapai impian hidup anda. Oleh kerana setiap individu itu adalah berlainan, kami percaya sebuah Perancangan Kewangan yang terbaik perlu dibina mengikut keperluan hidup anda.
Mengapa Memilih Takaful Ikhlas Sdn Bhd?
Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) adalah anak syarikat Malaysian National Reinsurance Berhad, sebuah syarikat re-insurance terkemuka di Malaysia yang tersenarai di papan utama utama Bursa Saham Kuala Lumpur. Ini telah memberi kelebihan kepada Takaful Ikhlas untuk berada pada kedudukan yang kukuh dalam menyediakan perkhidmatan Takaful yang boleh diyakini oleh para pelanggan kami. Apa yang lebih penting ialah kami mengendalikan operasi dan menguruskan perniagaan berlandaskan prinsip Syariah.
Anda beroleh jaminan bahawa kami amat komited untuk memastikan semua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan. Perkhidmatan kami berteraskan falsafah "Memudahkan urusan perniagaan" kepada para pelanggan kami.
Wakalah merupakan satu bentuk hubungan perwakilan di antara pengendali (Takaful Ikhlas) dengan peserta. Takaful Ikhlas mengguna pakai kontrak berikut bagi mengawalselia perniagaan kami :- Kontrak Tabarru' di mana peserta bersetuju mendermakan sejumlah peratusan sumbangan yang telah ditetapkan kepada dana bagi menyediakan bantuan kepada peserta lain. Kontrak Al-Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful Ikhlas untuk mengendalikan urusan dana bagi pihak dirinya Model Takaful Ikhlas juga membolehkan penggunaan pengantara sebagai saluran untuk memberi perkidmatan lebih baik kepada para pelanggan, mengurus pembayaran lebihan dan keuntungan yang berkaitan dengan peserta lebih baik serta membuat pengiraan pulangan bersama berdasarkan kadar bulanan. Keistimewaan / Manfaat Takaful Sistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama peserta. Ini memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapatkan manfaat dalam dua bentuk. Pertama, keuntungan dari segi kewangan menerusi pelan Takaful dan perlaksanaan Mudharabah. Kedua, manfaat dari segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru'
Keistimewaan tambahan daripada konsep ini ialah ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim semata, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka. Anda boleh mendapatkan informasi mengenai Takaful dengan lebih mendalam dan seragam di halaman web Bank Negara Malaysia di www.insuranceinfo.com.my dan tujuan halaman web kami di wujudkan bagi mengalakkan masyarakat Malaysia untuk mengambil polisi perlindungan terbaik yang di tawarkan oleh Takaful Ikhlas. ERTI KONSEP TAKAFUL
Kata dasar bagi perkataan 'takaful' ialah 'kafala' yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh itu 'takaful' merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja 'takafala' maka ianya bererti 'saling menjamin', 'saling menjaga' dan 'saling memelihara'. Di dalam Al-Quran terdapat perkataan-perkataan 'kafala' dan 'yakfulu' yang memberi makna 'memelihara' atau 'menjaga'. Sebagai contoh, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
"Maka Tuhannya menerima ia sebagai nazar dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharanya (penjaganya)..." (Surah Ali-Imran:37) Di dalam perniagaan Takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda yang penting. Ianya diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri Takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri Insurans Konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.
|