Photobucket TAKAFUL IKHLAS: MENGAPA PERLU MEMILIH TAKAFUL ?
Kehidupan Penuh Dengan Ketidaktentuan……. Jadi, Rancanglah dengan Bijak Untuk Melindungi Kehidupan Anda Yang Tidak Ternilai……
Friday, October 24, 2008
MENGAPA PERLU MEMILIH TAKAFUL ?
Sebelum kami menjawap soalan tersebut, sila jawap soalan ini.

Mengapa anda perlu memilih insurans konvensional ?

Sedangkan kita telah pun mempunyai sistem insurans alternatif iaitu sistem insurans TAKAFUL yang telah disepakati oleh Ulamak dan Cendiakawan bahawa TAKAFUL adalah dijalankan mengikut hukum syarak manakala insurans konvensional adalah sebaliknya (Inilah punca utama mengapa sistem insurans TAKAFUL diwujudkan).

Sila rujuk
a) Pandangan Ulamak
b) Pandangan JAKIM
c) Konsep Takaful

Dari segi produk

Insuran TAKAFUL mempunyai belbagai jenis pelan dan skim yang terdiri dari produk Takaful Keluarga dan Takaful AM. InsyaAllah skim dan pelan ini mencukupi segala keperluan diri, keluarga, harta benda, perniagaan dan sebagainya.

Dari Segi Perkhidmatan

Sudahkah anda mencuba perkhidmatan Takaful ? Sudah cuba barulah anda tahu

Setiap pengendali Takaful perlu mempunyai kreteria minimum dari perbagai sudut (Termasuklah perkhidmatan kepada pelanggan). Semuanya ini dikawal selia oleh pihak Bank Negara Malaysia serta pihak dalaman pengendali Takaful itu sendiri.

Jika pihak pengendali gagal mematuhi piawaian minima ini, maka tindakan akan diambil oleh pihak yang berwajib.

Jadi jika sesebuah pengendali itu masih beroperasi (malah telah wujud sekian lama) pastilah 'kelayakan/ kepatuhan minimum' ini sentiasa wujud dalam pengurusan dan perkhidmatan sesebuah syarikat pengendali Takaful itu.

Secara ringkasnya, setiap pengendali Takaful akan sentiasa memastikan perkhidmatan yang diberikan mengikuti garis panduan Kerajaan dan akan sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan dari masa ke semasa.

Tanpa pelanggan, apalah gunanya sesebuah pengendali Takaful tersebut


Kesimpulan

Insurans TAKAFUL diakui dijalankan mengikut hukum syarak, mempunyai belbagai produk yang mencakupi semua belbagai keperluan dan mempunyai perkhidmatan yang setara malah yang lebih lagi berbanding insurans konvensional.

Jadi ... Sudah Terang Lagi Bersuluh...Mengapa anda perlu memilih Sistem Insurans Konvensional ?
posted by MUSAFRI BIN ABDULLAH AZMI @ 10:38 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
 
about me
My Photo
Name:
Location: 0134429472, SHAH ALAM,SELANGOR

Quran Auto Reciter
Search in Quran and Hadith

Powered by Blogger

Blog Archieve
Archives
Mutiara Kata
"berserinya wajah kerana mantapnya tarbiyah, bercahayanya mata kerana muhasabah, kuatnya hati kerana bermuqorabah, hebatnya diri kerana sifat istiqamah bersama tingkatkan tarbiyah ruhiyyah"
Links
Template by
Blogger Templates
© TAKAFUL IKHLAS