Friday, October 2, 2009 |
Waris Mangsa Tembakan Terima Cek Tuntutan IKHLAS SAVINGS TAKAFUL Sebanyak RM66, 888. |
Petaling Jaya, 15 September 2009 –Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful IKHLAS), syarikat penyedia perkhidmatan perlindungan kewangan yang menawarkan pelbagai produk perlindungan yang inovatif berasaskan prinsip dan nilai Islam hari ini menyampaikan cek tuntutan pelan IKHLAS Savings Takaful sebanyak RM66,888.00 kepada Puan Supiah binti Ahmad, ibu kepada Allahyarham Konstable Mohd. Azlan Ibrahim. Allahyarham merupakan mangsa terkena tembakan revolver secara tidak sengaja oleh rakannya di stor simpanan senjata Balai Polis Jeram, Kuala Selangor pada bulan April 2009. Menurut Tuan Haji Wan Mohd Fadzlullah bin Wan Abdullah, Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Operasi Takaful IKHLAS, “Takaful IKHLAS amat bersimpati terhadap keluarga Allahyarham Mohd Azlan di atas kejadian yang telah menimpa beliau. Namun begitu tindakan bijak Allahyarham Mohd. Azlan menyertai pelan perlindungan IKHLAS Savings Takaful dapat memberi manfaat serta faedah untuk membolehkan keluarganya yang ditinggalnya menerima manfaat tuntutan pelan perlindungan kewangan tersebut. Sedikit sebanyak ini dapat meringankan beban kewangan keluarga Allahyarham,” kata Wan Mohd Fadzlullah.
“Pandangan jauh Allahyarham Mohd Azlan di dalam perancangan kewangan adalah satu contoh yang boleh dibanggakan untuk kepentingan masa depan diri dan keluarga yang tersayang. Lebih-lebih lagi apabila seseorang itu tidak boleh merancang bila sesuatu musibah itu boleh terjadi. Akan tetapi kita boleh membuat perancangan yang bijak dengan menyertai pelan perlindungan kewangan seumpama ini yang mana mampu meringankan beban kewangan diri dan keluarga jika ditimpa musibah,” jelas Wan Mohd Fadzlullah.
“Pelan IKHLAS Savings Takaful yang disertai oleh Allahyarham Mohd. Azlan adalah pelan perlindungan kewangan Takaful IKHLAS yang paling mendapat sambutan ramai sejak dilancarkan pada akhir tahun 2003. Sehingga ke hari ini, produk pelaburan yang turut menawarkan perlindungan ini mendapat sambutan yang amat baik daripada orang ramai. Ia merupakan pelan unggul yang menyediakan dana simpanan, memberi pulangan ke atas pelaburan dan turut menawarkan perlindungan kepada peserta. Pelan ini juga direka untuk mengoptimumkan kadar pulangan terhadap pelaburan kepada para peserta. Takaful IKHLAS memainkan peranan yang penting dalam memberi perlindungan kewangan kepada setiap peserta kami.. Setiap pelan perlindungan Takaful IKHLAS mempunyai kelebihan masing-masing serta memberi manfaat kepada mereka yang menyertainya,” tambah Wan Mohd Fadzlullah lagi.
Majlis penyerahan cek tuntutan skim takaful kematian ini turut di hadiri oleh Ketua Polis Daerah Kuala Selangor dan juga Encik Najeri Ismail, Pengurus Ejensi NISK. Allahyarham Konstable Mohd. Azlan Ibrahim telah menyertai pelan perlindungan IKHLAS Savings Takaful sejak tahun 2008.
Takaful IKHLAS yang mula beroperasi pada Julai 2003 merupakan anak syarikat MNRB Holdings Berhad, sebuah Syarikat pemegangan pelaburan yang disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera. Takaful IKHLAS yang telah pun mempunyai dua pusat perkhidmatan pelanggan di Kuala Lumpur dan Selangor serta pejabat wilayah di Kuala Lumpur, Kota Bharu, Johor Bahru, Sungai Petani, Kedah; Kuching, Sarawak; Melaka, Kota Kinabalu, Sabah; Kuantan, Pahang; Ipoh, Perak dan Putrajaya |
posted by MUSAFRI BIN ABDULLAH AZMI @ 8:58 AM  |
|
|
|