Photobucket TAKAFUL IKHLAS: September 2009
Kehidupan Penuh Dengan Ketidaktentuan……. Jadi, Rancanglah dengan Bijak Untuk Melindungi Kehidupan Anda Yang Tidak Ternilai……
Monday, September 14, 2009
KONSEP TAKAFUL
ERTI KONSEP TAKAFUL
Kata dasar bagi perkataan 'takaful' ialah 'kafala' yang bererti untuk menjamin, menjaga atau memelihara. Oleh itu 'takaful' merupakan katanama yang berasal daripada kata kerja 'takafala' maka ianya bererti 'saling menjamin', 'saling menjaga' dan 'saling memelihara'.Di dalam Al-Quran terdapat perkataan-perkataan 'kafala' dan 'yakfulu' yang memberi makna 'memelihara' atau 'menjaga'. Sebagai contoh, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:

"Maka Tuhannya menerima ia sebagai nazar dengan penerimaan yang baik, dan mendidiknya dengan pendidikan yang baik dan Allah menjadikan Zakaria pemeliharanya (penjaganya)..." (Surah Ali-Imran:37)

Di dalam perniagaan Takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda yang penting. Ianya diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah.Secara amnya, objektif dalam industri Takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri Insurans Konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini
posted by MUSAFRI BIN ABDULLAH AZMI @ 1:31 AM   0 comments
40 penyakit kritikal
Antara 9 manfaat yang disertakan oleh Takaful Ikhlas pelan perlindungan ialah perlindungan terhadap 40 penyakit kritikal...Juga merupakan satu-satunya syarikat insurance yang meletakkan 40 jenis perlindungan penyakit kritikal di dalam pelan perlindungan nya. Bagus bukan?
RIDER 40 PENYAKIT KRITIKAL
1) ANGIN AHMAR (STROK)
2) SERANGAN SAKIT JANTUNG
3) PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
4) LAIN LAIN PENYAKIT ARTERI KORONARI YANG SERIUS
5) ARTHERECTOMY KORONARY
6) PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
7) PEMBEDAHAN AORTA
8) KOMA
9) TEKANAN DARAH TINGGI ARTERI PULMONARI PRIMER
10) KETUMBUHAN BENIGNA OTAK
11) RADANG OTAK (ENCEPHALITIS)
12) MENINGITIS BAKTERIA (radang pada membran otak & saraf tunjang akibat serangan bakteria)
13) KEROSAKAN BUAH PINGGANG
14) PENYAKIT SISTA MEDULLA
15) LUPUS ERYTHEMATOSUS (SLE) DENGAN LUPUS NEPHRITIS
16) PENYAKIT HATI YANG KRONIK
17) RADANG HATI FULMINANT AKIBAT SERANGAN VIRUS
18) PENYAKIT PARU-PARU KRONIK19) PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
20) KANSER
21) ANEMIA APLASTIK
22) PENYAKIT MOTOR NEURON
23) PENYAKIT PARKINSON
24) PENYAKIT ALZHEIMER/IRREVERSIBLE ORGANIC DEGENARTIV DISORDER
25) SINDROM APALLIC
26) MUSCULAR DYSTROPHY2
7) MULTIPLE SCIEROSIS
28) POLIOMYELITIS
29) AIDS akibat pemindahan darah
30) PENYAKIT TERMINAL
31) HILANG UPAYA PENGLIHATAN / BUTA
32) KELECURAN UTAMA
33) HILANG UPAYA PERTUTURAN / BISU
34) HILANG UPAYA PENDENGARAN / PEKAK
35) HILANG UPAYA PERGERAKAN BEBAS
36) LUMPUH / PARAPLEGIA
37) TRAUMA KEPALA UTAMA
38) CARDIOMYOPATHY
39) PEMBEDAHAN OTAK
40) MANFAAT KEILATAN KEKAL DAN MENYELURUH
hubungi:
musafri bin abdullah azmi
0134429472
posted by MUSAFRI BIN ABDULLAH AZMI @ 12:46 AM   0 comments
KEPENTINGAN TAKAFUL
Kehidupan hari ini amat memerlukan setiap keluarga merancang satu pelan perancangan kewangan keluarga. Tanpa satu pelan perancangan kewangan yang diikuti dgn betul, kemungkinan jika keluarga tersebut ditimpa musibah, masalah kewangan keluarga tersebut lebih merumitkan.
Bak kata pepatah, 'sudah jatuh, ditimpa tangga...'. Di dalam bahasa Inggeris, ungkapan berikut biasa diberikan "Who Fail to Plan is plan to Fail" (bermaksud jika gagal merancang, sebenarnya merancang untuk gagal).
Atas kesedaran inilah, Syarikat Takaful Ikhlas Sdn Bhd telah diperkenalkan untuk menggalakkan kita bantu-membantu antara satu sama lain dalam menghadapi kesusahan. Hasil sumbangan yang dicarumkan oleh Setiap Peserta, bebanan mereka yang ditimpa musibah, insya-Allah dapat diringankan.
Dari Pelan Tabungan Pendidikan dan Pelan Tabungan Persaraan yang selesa kepada membebaskan hidup anda dari beban hutang pinjaman yang lama, kami boleh membantu anda mencapai impian hidup anda. Oleh kerana setiap individu itu adalah berlainan, kami percaya sebuah Perancangan Kewangan yang terbaik perlu dibina mengikut keperluan hidup anda
.
Mengapa Memilih Takaful Ikhlas Sdn Bhd?

Takaful Ikhlas Sdn Bhd (Takaful Ikhlas) adalah anak syarikat Malaysian National Reinsurance Berhad, sebuah syarikat re-insurance terkemuka di Malaysia yang tersenarai di papan utama utama Bursa Saham Kuala Lumpur. Ini telah memberi kelebihan kepada Takaful Ikhlas untuk berada pada kedudukan yang kukuh dalam menyediakan perkhidmatan Takaful yang boleh diyakini oleh para pelanggan kami. Apa yang lebih penting ialah kami mengendalikan operasi dan menguruskan perniagaan berlandaskan prinsip Syariah.
Anda beroleh jaminan bahawa kami amat komited untuk memastikan semua urusan perniagaan kami adalah berasaskan kesaksamaan dan keadilan. Perkhidmatan kami berteraskan falsafah "Memudahkan urusan perniagaan" kepada para pelanggan kami.
Wakalah merupakan satu bentuk hubungan perwakilan di antara pengendali (Takaful Ikhlas) dengan peserta. Takaful Ikhlas mengguna pakai kontrak berikut bagi mengawalselia perniagaan kami :-Kontrak Tabarru' di mana peserta bersetuju mendermakan sejumlah peratusan sumbangan yang telah ditetapkan kepada dana bagi menyediakan bantuan kepada peserta lain.Kontrak Al-Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful Ikhlas untuk mengendalikan urusan dana bagi pihak dirinyaModel Takaful Ikhlas juga membolehkan penggunaan pengantara sebagai saluran untuk memberi perkidmatan lebih baik kepada para pelanggan, mengurus pembayaran lebihan dan keuntungan yang berkaitan dengan peserta lebih baik serta membuat pengiraan pulangan bersama berdasarkan kadar bulanan.Keistimewaan / Manfaat TakafulSistem Takaful memberi penekanan terhadap semangat kerjasama dan tanggungjawab sesama peserta. Ini memberikan peluang kepada para peserta untuk mendapatkan manfaat dalam dua bentuk.Pertama, keuntungan dari segi kewangan menerusi pelan Takaful dan perlaksanaan Mudharabah.Kedua, manfaat dari segi rohaniah di mana para peserta dapat memenuhi tanggungjawab yang disyariatkan oleh agama dan tuntutan sosial melalui kaedah Tabarru'
Keistimewaan tambahan daripada konsep ini ialah ia tidak hanya bermanfaat kepada Muslim semata, malah ia turut memberi kebaikan kepada semua peserta tanpa mengira pegangan agama mereka.Anda boleh mendapatkan informasi mengenai Takaful dengan lebih mendalam dan seragam di halaman web Bank Negara Malaysia di
www.insuranceinfo.com.my dan tujuan halaman web kami di wujudkan bagi mengalakkan masyarakat Malaysia untuk mengambil polisi perlindungan terbaik yang di tawarkan oleh Takaful Ikhlas.
posted by MUSAFRI BIN ABDULLAH AZMI @ 12:45 AM   0 comments
Sunday, September 13, 2009
PELAN SIMPANAN DAN PERLINDUNGAN
Pelan Simpanan dan Perlindungan dari
Takaful Ikhlas (IST)

Langkah Bijak Anda Menabung Hari Ini di
Takaful Ikhlas Menjamin
Masa Depan Anda Sekeluarga
Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang?Adakah simpanan anda mencukupi jika sesuatu musibah menimpa keatas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak?
Takaful Ikhlas menawarkan pelan simpanan takaful dan perlindungan komprehensif yang berlandaskan syariah
.
· Tabung Kematian
· Tabung Hilang Upaya Kekal / Lumpuh
· Tabung Penyakit Kritikal (40 Jenis Penyakit)
· Tabung Kemalangan Diri
· Tabung Khairat Kematian (Diberi Dalam Masa 24 Jam)
· ElaunHarian Hospital
· Pengecualian Caruman.Pihak Syarikat Takaful Ikhlas Akan Sambung Caruman Jika Peserta Mendapat Penyakit Kritikal
Surah Al-Baqarah Ayat 180
"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa dan kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertaqwa"
Hadis Riwayat Al-Bukhari
"Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta
."

posted by MUSAFRI BIN ABDULLAH AZMI @ 9:51 PM   0 comments
about me
My Photo
Name:
Location: 0134429472, SHAH ALAM,SELANGOR

Quran Auto Reciter
Search in Quran and Hadith

Powered by Blogger

Blog Archieve
Archives
Mutiara Kata
"berserinya wajah kerana mantapnya tarbiyah, bercahayanya mata kerana muhasabah, kuatnya hati kerana bermuqorabah, hebatnya diri kerana sifat istiqamah bersama tingkatkan tarbiyah ruhiyyah"
Links
Template by
Blogger Templates
© TAKAFUL IKHLAS